Saturday, June 9, 2018

KAJIAN TINDAKAN


Kajian tindakan adalah satu inkuiri yang dilakukan oleh atau bersama ‘orang dalam’ (insiders) di sesebuah organisasi atau komuniti, tetapi tidak kepada atau ke atas mereka. Ia merupakan satu proses reflektif yang dijalankan secara bertujuan dan sistematik, oleh individu atau kumpulan, yang biasa nya memerlukan satu bentuk bukti untuk menyokong sesuatu kenyataan, dan bermatlamat untuk mengubah atau meningkatkan amalan. 

kajian tindakan juga merupakan satu bidang penyelidikan berbentuk renungan kendiri (self-reflective) yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik secara kolaboratif dalam sesuatu situasi sosial yang bertujuan untuk mempertingkatkan pemahaman mereka terhadap amalan-amalan dan seterusnya mengambil tindakan yang perlu untuk mengubah dan mempertingkatkannya. 

Saya telah melakukan sebuah kajian tindakan terhadap murid-murid tingkatan 4 Fatonah. Klik link di bawah untuk melihat kajian tindakan saya :-) 


No comments:

Post a Comment