KESAN PENGGUNAAN VARIASI
RANGSANGAN DALAM
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
- Aktiviti P & P akan menjadi lebih seronok & menarik. Murid-murid lebih ceria dan seronok untuk belajar. P&P menjadi lebih bermakna dan berjaya meninggalkan kesan yang mendalam.
- Minat dan perhatian mereka akan ditumpukan sepenuhnya terhadap aktiviti pengajaran guru.
- Mereka akan dapat memahami bahan konsep pengajaran guru dengan lebih baik lagi.
- Naluri ingin tahu pelajar akan dibangkitkan dan mereka berusaha melibatkan diri secara aktif. Contohnya melukis, melabel, memain peranan dan sebagainya.
- Pelajar berpeluang menggunakan pelbagai saluran deria untuk mempelajari sesuatu. Guru akan melakukan pergerakkan badan dan ini akan meneguhkan P&P.
- Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Dengan bantuan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang sesuai dapat merangsangkan P&P murid-murid.
- Masalah disiplin dapat dikawal apabila pelajar menumpukan sepenuh perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru.
No comments:
Post a Comment