KESAN PENGGUNAAN VARIASI
RANGSANGAN DALAM
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
- Aktiviti P
& P akan menjadi lebih seronok & menarik. Murid-murid lebih ceria dan seronok
untuk belajar. P&P menjadi lebih bermakna dan berjaya meninggalkan
kesan yang mendalam.
- Minat dan perhatian mereka akan ditumpukan sepenuhnya terhadap aktiviti pengajaran guru.
- Mereka akan dapat memahami bahan konsep pengajaran guru dengan lebih
baik lagi.
- Naluri
ingin tahu pelajar akan dibangkitkan dan mereka berusaha melibatkan diri secara
aktif. Contohnya melukis, melabel, memain peranan dan sebagainya.
- Pelajar
berpeluang menggunakan pelbagai saluran deria untuk mempelajari sesuatu. Guru
akan melakukan pergerakkan badan dan ini akan meneguhkan P&P.
- Dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Dengan bantuan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang sesuai
dapat merangsangkan P&P murid-murid.
- Masalah
disiplin dapat dikawal apabila pelajar menumpukan sepenuh perhatian
terhadap aktiviti pengajaran guru.